Monday, April 27, 2015

I'm still here...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lamanya tak update blog.. Kesian ianya 'ditinggalkan'..
Bukan pergi sebab merajuk tau.. Haha! Sebab special sikit..
Meh sini nak explain kenapa kita menghilang..

Pada bulan Nov lepas iaitu pada tahun 2014, saya mendapati body sy sedang menerima perubahan baharu..

Akhirnya last period tak sampai2, check upt pada awal pagi tu and keputusannya double line!

Sah pregnant!

Time tu macam tak tahu mo terima macam mana sebab tak jangka awal pula pregnant lagi..
Tapi as time goes by i'm embracing my pregnancy.. Hihi..

Incik husband mestilah happy, and saya boleh agak yang dia mahukan baby girl pula kali ini.. Bagi saya mana2 jer..boy or girl tetap my baby jugak kn.. Hihi..

Bulan pertama tu okey, tak ada simptom morning sickness..
Tapi masuk bulan seterusnya.. Ya Allah.. SANGAT MENCABAR!!

Saya mendapat severe morning sickness atau dipanggil sebagai "hyperemesis gravidarum"..
Badan mengalami perubahan sepert muntah2, pening, lelah dan sebagainya..
Ni bukan muntah2 biasa tau, boleh sampai 3 hingga 6 kali sehari.. minum air sikit sahaja pun keluar balik juga..

Di mana-mana saya berada, di sebelah tu mesti ada plastik muntah,, rasa macam boleh penuh satu baldi okey.. Di sebabkan morning sickness ni lah saya kehilangan sebanyak 10kg..

Alahai anak, memang mama nangis2 sebab tahan sakit.. Nak tak nak kena go through juga..

Semua jenis suplimen saya kena stop sebab tak boleh makan langsung..kalau makan pun tetap keluar jugak.. Cuma sekali sekala kalau badan rasa okey sikit then saya akan telan vitamin b complex Shaklee..

Ada satu malam tu, saya masuk ke emergency ward di hospital.. Sebab waktu petang tu saya rasa sakit yang amat di bahagian perut.. Rupanya kena UTI.. Sekali dengan dehydration.. Muka time tu pucat sangat dan badan kesakitan.. Tapi syukur Alhamdullillah boleh keluar jugak selepas kena inject ubat dan diberi drip..

Hasil dari morning sickness kali ini.. kulit saya jadi semakin teruk.. ianya kering dan mengelupas.. Akhirnya mulai berkedut dan warna kulit tidak sekata.. Kadang2 segan bila orang tanya kenapa dengan kulit muka saya.. Kata orang ini lah "pembawaan anak".. Maybe ada betul juga, orang tua cakap baby serap seri muka mom dia kan..

Okeylah, tak apa.. saya cuma harap lepas beranak nanti kulit kembali normal.. Dalam hati dah target Collagen & Vivix Shaklee tau.. hahahaha!

So, macam mana keadaan sekarang?

Masuk  bulan ke enam pregnancy, saya rasa semakin sihat.. Dah tak ada morning sickness yeah!
Lepas tu start aktif balik ngan bisnes Shaklee.. Hihi! Funny sebab lepas ja sickness ni terus terlebih aktif pula.. Sekarang saya sering ulang-alik KK-Ranau dan selalu ke branch.. Weee!! Rasa semangat tu dah balik lah..

Anyway memang tak sabar baby keluar ni.. Nak peluk2 n cium2 dia.. Ermmmm..rindunya wangi baby!

Doakan semoga dipermudahkan ye..

Saya masih aktif ber-Shaklee tau.. Korang jangan malu2 contact saya pulak..

Yeen Nor Asmin
QTmillenea.blogspot

Wednesday, November 5, 2014

Persediaan Untuk Mati; Kini di Level Mana?

Copy Paste dari blog Whitey Mommy.. catatan ini makes me wonder what is the value of our life and our preparation to meet our maker.. Oh! Banyak lagi kena improve.. Ya Allah, save our souls..turunkanlah hidayah-Mu...


"Berkongsi status dari Facebook (Aji Yusop)
status yang mendalam"

Sibuk kejar kehidupan. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah.

Lewat bangun solat Subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat Asar ke mana, solat Maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takda, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al-Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game lagi.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duduk pandang kita. Terbangun solat Subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pulak. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al-Quran? Ala nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah! 10 minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal 5 minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wuduk, nak solat. Itu alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Macamana tu?

Malaikat maut ziarah lagi. Alhamdulillah tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu. "Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi."

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?" Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni. "Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah! Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana. Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. Tepuk dahi.

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati.

Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Lama dah perhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila.

Tapi, semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Sama-sama jaga amal, sama-sama jaga aurat wahai sahabat. Tepuk dada, tanya iman.

Perbezaan di antara lemak dan kolesterol

Selamat sejahtera semua!

Topik kali ini mengenai perbezaan antara lemak dan kolesterol.. Bila bergabung, meletup! Yeah! Haha! Sebenarnya saya sendiri pun masih kabur-kabur mengenai perbezaan kedua entiti ini.. Jom kita belajar sama-sama..


Apa itu Lemak?

  • Lemak adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen. 
  • Lemak merupakan sumber asas tenaga dalam sesuatu makanan.
  • Lemak terbahagi kepada lemak baik (lemak tidak tepu) dan lemak jahat (lemak tepu). 
  • Lemak tepu adalah elemen dalam pemakanan (diet) yang utama yang boleh mengakibatkan Low Density Lipoproteins (LDL) kolesterol yang tinggi. Maka, lemak tidak tepu perlu dihadkan kepada 10% dari jumlah pengambilan kalori harian kita. 
  • Lemak tepu juga meningkatkan High Density Lipoproteins (HDL) kolesterol sama seperti lemak-lemak yang lain.




Apa itu Kolestrol?

  • Kolesterol adalah sebatian berlilin (waxy) yang secara semulajadinya terhasil dalam badan manusia untuk melindungi sel membran. 
  • Kolesterol merupakan perintis kepada hormone seperti estrogen dan testosteron. 
  • Memandangkan kolesterol mampu dihasilkan oleh badan kita, maka kita TIDAK PERLU mengambil makanan yang mengandungi kolesterol. Makanan yang mengandungi kolesterol adalah seperti telur, keju, mentega, dan daging merah.


  • Menurut the American Heart Association, kolesterol LDL akan menyebabkan lemak berkumpul pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.
  • Menurut Maiyo Clinic, kolesterol bukanlah satu bentuk lemak tetapi ia merupakan sebatian yang boleh dijumpai di dalam makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.
  • Maka, lemak dan kolesterol banyak dijumpai dalam makanan yang sama dan makanan yang berlemak akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
  • Terdapat dua jenis tahap kolesterol dalam darah iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density Lipoprotein (LDL). LDL adalah kolesterol sihat yang akan menyingkirkan kolesterol tidak sihat daripada jantung kita. So, remember.. HDL is NOT GOOD, LDL is GOOD!

Ringkasan Perbezaan Kolestrol Dan Lemak
  • Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol. Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu seperti butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  • Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  • Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  • Sesetengah lemak seperti lemak tepu (lemak tepu seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi InsyAllah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. 
Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti daging berlemak, makanan penuh krim, organ, hati, limpa dan lain-lain.

Buat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui paras kolesterol anda dan Omega Guard Shaklee mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah. 

Mahu block kolesterol sebelum ambil sebarang menu yang berisiko? Cuba Phytocol ST.


Suka saya ingatkan bulan ini promosi Omega Guard ya.. Berminat untuk mendapatkan konsultasi dari saya, boleh terus hubungi..

Yeen Nor Asmin
SID 1078473
Pengedar Sah kawasan Kota Kinabalu, Ranau, dan seluruh Malaysia


Monday, November 3, 2014

Promosi November: Omega Guard

Memperkenalkan..... Promo November ini!!! OMEGA GUARD!!! Bulan ni promosi khas buat omega guard:



1) Omega Guard Beli 6 Percuma 1

Kelebihan:
a. Percuma 1 botol Omega Guard bernilai RM136.
b. Keahlian Percuma bernilai RM85.
c. Diskaun 20%
d. Bonus Rebate berjumlah RM32+

2) Omega Guard Twin Pack 

Kelebihan: Beli 2 botol Omega Guard, layak diskaun 5%


Sejujurnya kami sekeluarga mengamalkan pengambilan Omega Guard ni.. Banyak sangat kelebihan Omega, love it to the max! Tapi sebelum tu, mari kita kenali dulu apa Omega Guard Shaklee ni.. Tak kenal maka tak cinta! Ye takkkk.. Selamat membaca...



Omega Guard


Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukanlah dari hati minyak ikan. Keistimewaan Omega Guard ialah ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Omega Guard juga merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.



Untuk mencipta Omega Guard ini, Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl). PCB ialah bahan kimia industri yang sangat toksik. Shaklee betul-betul komited untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya.


Pelbagai manfaat yang kita dapat setelah proses saringan yang ketat dibuat. 

1. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos (menopaus dikalangan lelaki)

2. Ia juga membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan senggugut

3. Mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia juga efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.

4. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

5. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. Ini kerana DHA didalam Omega Guard adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

6. DHA yang tinggi di dalam Omega Guard membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan membantu mencegah migrain.

7. Membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru

8. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasisi, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan penyakit buah pinggang

9. Membantu menentang kanser seperti kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.

10. Membantu memelihara fungsi sendi

11. Membantu mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan


Berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee?

Boleh hubungi saya, pengedar sah seluruh Malaysia (COD area KK, Ranau, Sabah)

Yeen Nor Asmin
SID 1078473

My Wishlist November

Salam November..

Teringinnnnnn sangat2... Mauuuu sangat2..... Suka sangat2... Oh wishlist please come true... YES!

1) The Secret - Book

Actually buku ni memang saya teringin sangat mahu baca dari sejak ia mulai dikeluarkan lagi.. First nampak di dalam Oprah show, memang bestseller.. Tapi oleh sebab kekangan wang ketika itu, tidaklah dapat beli. Buku ni memang siok sangat mau baca, dan sangat membuka minda.. Ia mengajak kita untuk lebih bermotivasi dan lebih positif dalam kehidupan.. Kalaulah beli dari dulu tu, mesti puas kan.. Namun baru-baru ini asyik tengok version video dia pulak kat youtube. Niat nak memiliki tu timbul kembali.. Makanya perlu usaha lebih mencari income especially thru Shaklee.. 



 2) Treadmill

I love exercising... Suka rasa badan sihat n ringan.. Suka sangat feeling bila naik tangga, nafas tidak tercungap-cungap.. Hahaha! Kalau boleh mau ada treadmill di rumah supaya senang sikit mau workout. Sebelum ni memang rajin ke komplex sukan lari-lari n singgah di gym tu.. Tp komplex sukan tu kan jauh, di atas bukit lagi heyyy.. Trus sepa mau jaga babyku lagi heyyy... Hahaha! InsyaAllah will own this one day..   




3) Secrets of the Millionaire Mind - Book

Buku ni i love.. Saya ada version PDF yg mama Shaklee bagi.. Tapi sesungguhnya membaca dari phone memang kurang "feel". Lebih-lebih lagi kena zoom in, tulisan dier kecik dowh.. Saya lagi prefer yg boleh sentuh-sentuh, conteng-conteng, lipat-lipat, as if the words were meant for us.. Sudah saya try cari-cari buku ni di kedai buku famous tapi tidak jumpa.. Mengapakah? Apapun ia tetap termasuk dalam wishlist saya.. Saya mau laaa.. Saya suka! Saya mau!! Hahaha! Merengek macam budak-budak pula.. Semoga jadi hak milik satu hari nanti..




Doakan ya? Hihi!

Lots of love from me

QT @ Yeen Nor Asmin

Monday, October 13, 2014

AWAS! Ciri2 Kosmetik Yang Ada Mercury!


Entry ni maybe lain dari yang lain.. tiba2 berkenaan kosmetik pula.. Tapi maybe ramai lagi d luar sana yg masih belum tau tentang kosmetik bermercury ni kan. Marila kita sama2 saling share untuk kebaikan...


Sebelum tu kita check dis out. Bahaya2 daripada penggunaan kosmetik yang ada mercuri:

  • Kanser (Kanser kulit,kanser payudara,dll)
  • Meningkatkan potensi untuk dapat penyakit hilang ingatan
  • Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi (mercuri menyerap masuk ke dlm kulit then masuk ke dalam darah bawak ke buah pinggang, berkumpul di situ.. habis rosak buah pinggang).
  • Parkinson (penyakit saraf).

Nampak x betapa bahaya nya mercury ni, fungsi2 penting dalam badan habis rosak.
  

Ciri2 kosmetik yang ada penggunaan mercury:

1) Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.
2)Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3) Kulit putih segera. Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu, boleh percaya ke ni?Pakai banyak merkuri memangla laju jer kulit putih. Putih pula lain mcm, bukan putih natural. Biar lambat putih asalkan selamat.

4) Tiada langsung jerawat tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling atas sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah tidak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun tidak sudi menyinggah tempat yang dah rosak. Nyamuk pn buat derk je.

5) Bau logam. Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe ia sudah di campur dgn parfum (pewangi).

6) Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tidak semua lah produk kita ckp ada merkuri, tapi wajib diragui. So google sebelum nak try2 guna produk kosmetik.

7) Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2, kilat2 sikit. Cuba tengok di kulit lepas pakai tu ada x kilat2. Ingat! mercury adalah logam sebab tu ia berkilat.

8) Bila stop pakai, bintik2 tumbuh kat muka, gatal2. Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9) Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap saja pun sudah merah dan rasa terbakar.

Inilah merkuri



Ujian Ringkas. (dari blog dr.zubaidi )

  • Sapukan cincin emas(pastikan yg tulen) dengan krim yang kita nak test tu. Gosok2 la cincin dengan krim tu.
  • Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar warna kelabu. Semakin gelap kaler yg terhasil, semakin banyak mercury yg digunakan dlm produk tu.

Sekian perkongsian dari saya.. Kalau mahu cantik dengan selamat dan semulajadi, pilihlah Shaklee.. Dapatkan vitamin anda dari saya tau..

Yeen Nor Asmin
SID 1078473

Friday, October 3, 2014

Promosi Bulan Oktober: ESP!!!!! Soya Terbaik! TiTik!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdullillah.. seronoknya rasa bila dapat tahu promosi bulan ni.. Rupa-rupanya promosi ESP kembali lagi! ESP merupakan salah satu minuman kegemaran saya dan suami atas macam-macam sebab.. Meh cerita lagi pasal ESP ni.. 






Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.


Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:


Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit Berseri dan Anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi Tenaga Segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Jom dapatkan promosi ESP bulan ini!

Hubungi saya

Yeen Nor Asmin
SID 1078473
FB Page: QTmillenea.blogspot
Email: noreen.isabella@gmail.com