Monday, October 13, 2014

AWAS! Ciri2 Kosmetik Yang Ada Mercury!


Entry ni maybe lain dari yang lain.. tiba2 berkenaan kosmetik pula.. Tapi maybe ramai lagi d luar sana yg masih belum tau tentang kosmetik bermercury ni kan. Marila kita sama2 saling share untuk kebaikan...


Sebelum tu kita check dis out. Bahaya2 daripada penggunaan kosmetik yang ada mercuri:

  • Kanser (Kanser kulit,kanser payudara,dll)
  • Meningkatkan potensi untuk dapat penyakit hilang ingatan
  • Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi (mercuri menyerap masuk ke dlm kulit then masuk ke dalam darah bawak ke buah pinggang, berkumpul di situ.. habis rosak buah pinggang).
  • Parkinson (penyakit saraf).

Nampak x betapa bahaya nya mercury ni, fungsi2 penting dalam badan habis rosak.
  

Ciri2 kosmetik yang ada penggunaan mercury:

1) Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.
2)Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3) Kulit putih segera. Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu, boleh percaya ke ni?Pakai banyak merkuri memangla laju jer kulit putih. Putih pula lain mcm, bukan putih natural. Biar lambat putih asalkan selamat.

4) Tiada langsung jerawat tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling atas sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah tidak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun tidak sudi menyinggah tempat yang dah rosak. Nyamuk pn buat derk je.

5) Bau logam. Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair. So bau logam bau dia kuat menyengat, kalau wangi pun maybe ia sudah di campur dgn parfum (pewangi).

6) Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning. Krim siang kuning, krim malam putih. Tapi tidak semua lah produk kita ckp ada merkuri, tapi wajib diragui. So google sebelum nak try2 guna produk kosmetik.

7) Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2, kilat2 sikit. Cuba tengok di kulit lepas pakai tu ada x kilat2. Ingat! mercury adalah logam sebab tu ia berkilat.

8) Bila stop pakai, bintik2 tumbuh kat muka, gatal2. Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9) Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap saja pun sudah merah dan rasa terbakar.

Inilah merkuri



Ujian Ringkas. (dari blog dr.zubaidi )

  • Sapukan cincin emas(pastikan yg tulen) dengan krim yang kita nak test tu. Gosok2 la cincin dengan krim tu.
  • Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar warna kelabu. Semakin gelap kaler yg terhasil, semakin banyak mercury yg digunakan dlm produk tu.

Sekian perkongsian dari saya.. Kalau mahu cantik dengan selamat dan semulajadi, pilihlah Shaklee.. Dapatkan vitamin anda dari saya tau..

Yeen Nor Asmin
SID 1078473

No comments:

Post a Comment