Showing posts with label sustained release vita c plus. Show all posts
Showing posts with label sustained release vita c plus. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Bertenaga dan sihat sepanjang Ramadhan: Shaklee Wellness Set


Salam sejahtera,

Ramadhan akan berkunjung tiba tidak lama lagi... Bercakap tentang sihat & bertenaga di bulan Ramdhan di sini saya sharekan supplement yang sesuai untuk seisi keluarga yang dapat membantu (insyaAllah) kita lebih sihat dan bertenaga.

Shaklee Family Wellness terdiri daripada 4 Supplemen asas & vitamin ini paling popular dalam set penjagaan kesihatan Shaklee! Ia terdiri daripada :

1. Vitalea – Multivitamin with Iron formula

2. Sustained release Vita c plus

3. B Complex

4. Energizing Soy Protein (ESP) – Vanilla





Shaklee Family Wellness Set

Antara kebaikan Shaklee Family Wellness Set adalah :

~ Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

~ Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga

~ Menguatkan system imun anda

~ Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat


Vitalea

Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vitalea mengandungi 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan zat besi (Iron) boleh menyebabkan tekanan darah rendah, insyaAllah pengambilan Vitalea membantu dalam hal ini. Jika anda mengalami tekanan darah rendah, dicadangkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari. 



Sustained Realese Vitamin C Plus

Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan. sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. Ambil 2 biji sehari sehingga demam kebah.


B Complex

Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh . Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak. Ianya juga mengelak kulit wajah kelihatan kusam tak bermaya.


Energizing Soy Protein

Protein adalah unsure terbesar didalam tubuh kita selepas air. 25% Badan kita adalah protein. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.


Dan istimewa utk Ramadhan, Minuman elektrolit yang hangat sepanjang berpuasa :




Shaklee Performance Drink

Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi. Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Nah, semuanya sesuai untuk seisi keluarga. Sememangnya kita mahu melihat orang-orang tersayang sihat. Jadi, adalah satu pilihan bijak jika kita melaburkan untuk kesihatan keluarga.

Jom dapatkannya sekarang, boleh hubungi saya :

FB: Yeen Nor Asmin
FB Page: QTmillenea.blogspot
Email : noreen.isabella@gmail.com

Thursday, June 12, 2014

Penyusuan susu ibu.. berilah yang terbaik untuk anda dan bayi anda!


Alfalfa sahaja, boleh?

Ramai yang bertanya, boleh saya nak beli alfalfa sahaja? Jawapannya saya, boleh.

Adakah ianya bagus untuk penyusuan? Jawapan saya, ya insyaAllah asal 3 syarat lain dipenuhi iaitu sesi perahan yang konsisten, minum air lebih 3 liter sehari dan DOA yang berterusan.

NAMUN HAKIKATNYA,


Orang yang melihat pada KUANTITI sahaja mereka akan mencari produk yang membantu membanyakkan susu semata-mata.

Tapi JIKA anda ialah ibu yang bijak dan MEMENTINGKAN KUALITI dan ingin memastikan susu anda penuh NUTRISI, pasti apa yang ibu sarankan terutama supplement yang asas menjadi pilihan.



Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula - Multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

*Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, Insya Allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Sekadar renungan bersama, manakah pilihan anda untuk yang lebih stabil?


Jom dapatkannya sekarang, boleh hubungi saya :
FB: Yeen Nor Asmin
FB Page: QTmillenea.blogspot
Email : noreen.isabella@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, December 16, 2013

Set Kecantikan Shaklee + Testimoni Set Cantik Shaklee

Assalamualaikum semua!! Semoga ceria selalu dan wajah cantik berseri.

Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vouge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.


Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit


Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat


Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri


Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex, dan untuk yang mempunyai budget lebih bolehlah mencuba Shaklee Collagen Powder, memang mantap!! Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.




Di bawah ni ada testimoni pengguna Set Cantik Shaklee.. Boleh baca untuk tambah info..




Hubungi saya, Shaklee Distributer seluruh Malaysia (1078473)


LIKE FB Page: QTmillenea.blogspot
Profile FB: Yeen Nor Asmin
Email: noreen.isabella@gmail.com

Saturday, December 7, 2013

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada kawan-kawan...

Hari ini saya kongsikan mengenai Set Berpantang Shaklee kerana ramai kawan-kawan dan saudara yang akan bersalin tidak lama lagi..

Ibu-ibu hamil yang menunggu tarikh jangkaan bersalin mesti tercari-cari produk yang sesuai untuk berpantang nanti.. Keinginan untuk cepat kurus, cantik, bertenaga, segar, mengembalikan keperawan membuatkan ibu-ibu berfikir apakah produk yang sesuai dan tepat untuk mereka termasuklah produk yang berasaskan jamu..



Tidak salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, namun ia boleh meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning menurut Pakar Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan.. Apatah lagi jika ibu bayi memiliki darah jenis O. Menurutnya lagi, memang normal bayi kuning selepas dilahirkan namun ia adalah tanda awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat.


Disini bukanlah saya mahu menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi kawan-kawan sebab jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya..


Ok, straight to the point..


Kita makan jamu untuk pulih tenaga, selain jamu terdapat suplemen yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana untuk kekal bertenaga , cantik dan segar disamping boleh mengembalikan bentuk badan kepada asal..(istiqamah dan bersabar).. Di sini saya amat syorkan Set Berpantang Shaklee kerana saya sendiri telah mengambil set ini semasa berpantang baby Nazif... Di bawah ni saya akan terangkan kenapa saya memilih Set Berpantang Shaklee and why you should too..


1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee


Berikut adalah produk yang disyorkan kepada ibu berpantang...


1) B Complex dengan Asid Folik

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress (baby blues) atau meroyan (post-partum depression) di kalangan ibu yang sedang berpantang.

- Mengandungi Folic Asid yang diperlukan untuk pembentukkan sel dan tisu baru.

- Menukar kalori kepada tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk

- Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi

- Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..


2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.

- Zat Besi (Iron) sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran

- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


3) Sustained Release Vita C Plus

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.

- Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan (imuniti) kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren sekaligus mengelak ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin

- Memelihara kelenjar daripada tekanan, dan kecederaan termasuk kelenjar susu

- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.


4) Zink


- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.

- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

- Mengelak rambut ibu dari gugur.

- Menguatkan kuku


5) Energizing Soy Protein- ESP

- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.

- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.

- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.

- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil


6) Ostematrix

- Merupakan kalsium yang membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan

- Sangat sesuai untuk ibu yang kurang gemar minum susu dan memerlukan kalsium dalam badan

- Membantu mengatasi masalah sembelit

- Melegakan saraf dan otot ibu

- Mengelakkan ibu mengalami sakit gigi dan sakit tulang


7) Alfalfa* (optional)

- Untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.

- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang

- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita

- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang

- Membantu membanyakkan susu ibu.

- Membuang angin dalam badan dan

- Memulihkan urat selepas bersalin


8) Omega Guard* (optional)

- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang

- Boleh mengurangkan sakit kepala

- Boleh mengekalkan tekanan darah normal

- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.



Sekiranya berminat untuk memesan produk Shaklee, kawan-kawan boleh hubungi saya

Noreen Asmin (SID: 1078473)

FB: QTmillenea.blogspot
FB Profile: Yeen Nor Asmin