Saturday, December 7, 2013

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada kawan-kawan...

Hari ini saya kongsikan mengenai Set Berpantang Shaklee kerana ramai kawan-kawan dan saudara yang akan bersalin tidak lama lagi..

Ibu-ibu hamil yang menunggu tarikh jangkaan bersalin mesti tercari-cari produk yang sesuai untuk berpantang nanti.. Keinginan untuk cepat kurus, cantik, bertenaga, segar, mengembalikan keperawan membuatkan ibu-ibu berfikir apakah produk yang sesuai dan tepat untuk mereka termasuklah produk yang berasaskan jamu..



Tidak salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, namun ia boleh meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning menurut Pakar Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan.. Apatah lagi jika ibu bayi memiliki darah jenis O. Menurutnya lagi, memang normal bayi kuning selepas dilahirkan namun ia adalah tanda awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat.


Disini bukanlah saya mahu menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi kawan-kawan sebab jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya..


Ok, straight to the point..


Kita makan jamu untuk pulih tenaga, selain jamu terdapat suplemen yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana untuk kekal bertenaga , cantik dan segar disamping boleh mengembalikan bentuk badan kepada asal..(istiqamah dan bersabar).. Di sini saya amat syorkan Set Berpantang Shaklee kerana saya sendiri telah mengambil set ini semasa berpantang baby Nazif... Di bawah ni saya akan terangkan kenapa saya memilih Set Berpantang Shaklee and why you should too..


1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee


Berikut adalah produk yang disyorkan kepada ibu berpantang...


1) B Complex dengan Asid Folik

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress (baby blues) atau meroyan (post-partum depression) di kalangan ibu yang sedang berpantang.

- Mengandungi Folic Asid yang diperlukan untuk pembentukkan sel dan tisu baru.

- Menukar kalori kepada tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk

- Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi

- Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..


2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.

- Zat Besi (Iron) sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran

- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


3) Sustained Release Vita C Plus

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.

- Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan (imuniti) kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren sekaligus mengelak ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin

- Memelihara kelenjar daripada tekanan, dan kecederaan termasuk kelenjar susu

- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.


4) Zink


- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.

- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

- Mengelak rambut ibu dari gugur.

- Menguatkan kuku


5) Energizing Soy Protein- ESP

- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.

- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.

- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.

- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil


6) Ostematrix

- Merupakan kalsium yang membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan

- Sangat sesuai untuk ibu yang kurang gemar minum susu dan memerlukan kalsium dalam badan

- Membantu mengatasi masalah sembelit

- Melegakan saraf dan otot ibu

- Mengelakkan ibu mengalami sakit gigi dan sakit tulang


7) Alfalfa* (optional)

- Untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.

- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang

- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita

- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang

- Membantu membanyakkan susu ibu.

- Membuang angin dalam badan dan

- Memulihkan urat selepas bersalin


8) Omega Guard* (optional)

- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang

- Boleh mengurangkan sakit kepala

- Boleh mengekalkan tekanan darah normal

- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.



Sekiranya berminat untuk memesan produk Shaklee, kawan-kawan boleh hubungi saya

Noreen Asmin (SID: 1078473)

FB: QTmillenea.blogspot
FB Profile: Yeen Nor Asmin


No comments:

Post a Comment