Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Set Kesuburan Suami Isteri


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat 
  • Endometriosis 
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur) 
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang) 
  • Masalah hormon 
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur 
  • Menopous sebelum waktunya 
  • Masalah tiroid 
  • Fibroid 
Penyebab biologi di kalangan lelaki: 

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan 
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual 
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma 
  • Menghidap hernia 
  • Gangguan hormon 
  • Salur sperma tersumbat 
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya 

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan 
  • Stress dan tekanan 
  • Pemakanan yang tidak sihat 
  • Kekurangan zat 
  • Amalan merokok atau meminum alkohol 
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug) 
  • Terdedah kepada pencemaran 
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk 






Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok





Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium – bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

GLA Complex - membetulkan kitaran haid dan menseimbangkan hormon wanita.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.





Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc.

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama GLA + Alfalfa.


Kredit Master Laurah.

Berminat membeli produk Shaklee?
Hubungi saya
FB: Yeen Nor Asmin
Emel: noreen.isabella@gmail.com

Thursday, June 19, 2014

Susu badan berkurangan? Ketahui punca kemudian cari jalan penyelesaian


Salam.

Majoriti besar ibu2 yang menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum / berkurangan.... risau fikir mahu mkn ape utk banyakkan susu...normal lah tu kan....kerana rata2 yang call saya ingin membeli supplemen kerana sedang mengalami susu merudum.... Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu kurang..kerana nanti kalu kita mkn milk booster dan susu still down.. sure stress..lagi tension..kan kan?..Jadi..jom kita semak punca2 susu sedikit atau tiada langsung:

>> Stress. Ini semua org mengalaminya.. baik ibu yg bekerjaya atau yg bekerja di rumah 24jam...

>> Teknik penyusuan yang salah..contoh aerola tu tidak melekap habis ke mulut babu..baby hanya hisap puting saja...

>> Kurang pam..atau dalam maksud yang lain tidak cukup rangsangan daripada bayi. ni apply kepada ibu2 yang bekerja....sepanjang siang tak berjumpa baby...sepatutnya kena rajin pam..ni skip sesi pam/pam atau pam kuang dari 6x sehari....utk ibu2 yang di rumah..kena sentiasa kasi direct breastfeed bila bersama dgn anak..

>> Tidak cukup rehat... terlalu penat yang melampau. Masa anak tido, buat kerja, bila nak tido anak dah jaga. Antara tips bila ada baby kecik ni, masa dia tido, curik tido sama.

>> Masalah hormon dan kesihatan

>> Penggunaan pil perancang (pil perancang memusnahkan vitamin B dalam bdn..sedangkan ibu2 memerlukan vitamin B utk produce susu)

>> Pengambilan pil antibiotik

>> Teknik pam yang salah / pam tak cekap...

>> Pemakanan yang tidak seimbang...suka makan fast food..bla bla bla...

Ini antara sebahagian punca2 yang saya rasa susu merudum... jika ada sesiapa yang expert..boleh lah tambah lagi.... Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang..barula kita cari jalan penyelesaian...kerana saya nak anda tahu Alfalfa (also act as milk booster) + ESP bukan semata2 jalan penyelesaian kepada susu merudum... Saya nak ibu2 semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kekerapan pam yang konsisten... goodluck to all mothers out there...


Credit : PM Cery.


Berminat membeli produk Shaklee?
Hubungi saya

FB: Yeen Nor Asmin
Emel: noreen.isabella@gmail.com

Thursday, June 12, 2014

Penyusuan susu ibu.. berilah yang terbaik untuk anda dan bayi anda!


Alfalfa sahaja, boleh?

Ramai yang bertanya, boleh saya nak beli alfalfa sahaja? Jawapannya saya, boleh.

Adakah ianya bagus untuk penyusuan? Jawapan saya, ya insyaAllah asal 3 syarat lain dipenuhi iaitu sesi perahan yang konsisten, minum air lebih 3 liter sehari dan DOA yang berterusan.

NAMUN HAKIKATNYA,


Orang yang melihat pada KUANTITI sahaja mereka akan mencari produk yang membantu membanyakkan susu semata-mata.

Tapi JIKA anda ialah ibu yang bijak dan MEMENTINGKAN KUALITI dan ingin memastikan susu anda penuh NUTRISI, pasti apa yang ibu sarankan terutama supplement yang asas menjadi pilihan.



Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula - Multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

*Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, Insya Allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Sekadar renungan bersama, manakah pilihan anda untuk yang lebih stabil?


Jom dapatkannya sekarang, boleh hubungi saya :
FB: Yeen Nor Asmin
FB Page: QTmillenea.blogspot
Email : noreen.isabella@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jerawat Kronik Pulih Selepas 3 Bulan!!

Lagi entry tentang masalah kulit muka. Kali ini Jerawat Kronik, Bagaimana kulit Yana pulih selepas konsisten mengamalkan supplement Shaklee. Saya copy dari blog Aula disini. Tak perlu banyak bebel, buka mata besar-besar, kita tengok gambar dibawah.




Amazing kan!!!

Pengambilan Vitamin-E Shaklee berterusan selama 3 bulan yer baru menampak kesan sebegini.

Bukan ambil hari ni esok dah ok, atau ambil seminggu lepas tu stop dah ok.... sebabnya sel-sel kita perlu masa untuk pulih sekurang-kurangnya 90 hari @ 3 bulan.

Bukan VITAMIN E sahaja, dia turut mengambil VITAMIN C, Alfalfa dan MEALSHAKE untuk merawat dan menyembuhkan kulit nya yang berjerawat.


SEKILAS FAKTA tentang VITAMIN-VITAMIN SEMULAJADI…
Vitamin E: Melambatkan proses penuaan. Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda. sangat membantu untuk menghilangkan parut dan jeragat. Vitamin antioksidaan.





VITAMIN-C : Peranannya membina & membaiki- tulang, gigi dan tisu penyambung dan membentuk kolagen yang penting untuk ketegangan dan kecantikan kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh




ALFALFA: Merupakan sumber mikronutrient paling kaya- membuat sistem badan berjalan lebih lancar dan membantu melawaskan usus, mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan.



MEALSHAKES: membantu membaikpulih luka atau kudis di mana ia mengandungi vitamin B-complex, zat besi dan copper untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan memberi perubahan positif pada complexion kulit.

*Mealshakes boleh juga diganti dengan ESP


Sememangnya supplemen semulajadi lebih selamat!

Pilihan ditangan kita. Jadilah pengguna bijak!

Jom dapatkannya sekarang, boleh hubungi saya :


FB: Yeen Nor Asmin
FB Page: QTmillenea.blogspot
Email : noreen.isabella@gmail.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, February 4, 2014

Set Kurus Shaklee

Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah sebab bukan saja senang nak cari baju, malah senang nak beraktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan


Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Berdasarkan pengalaman saya, set kurus Shaklee bukan saja menolong saya menurunkan berat badan malah susu bertambah banyak dan telah menolong saya menyusukan anak saya.

Jom berkenalan dengan Set Kurus Shaklee.

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakar, buang dan bina.

1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard





2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa





3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch







BAKAR DAN BUANG : Lecithin/Omega Guard + Herblax/Alfalfa

Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.

Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.



Kenapa Detox itu penting?


Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.


** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..

** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!


BINA : Kenapa Protein penting?

Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.

Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.


Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?


Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat


1. Minum 2-3 Liter air setiap hari

2. Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian

3. Kurangkan makanan yang berminyak

4. Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari

5. Banyakkan makan buah dan sayuran


Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah …

1. Memberikan nutrien yang mencukupi.

2. Melindungi otot.

3. Indeks glisemik yang rendah.

4. Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.

5. Mengandungi makro & mikro nutrien penting.

6. Diuji secara klinikal.


Sehingga kini saya masih mengamalkan pengambilan Set ini kerana selain membantu pengeluaran susu badan, ia juga membantu saya mengurangkan berat badan. Mahu testimoni saya? Tggu post seterusnya k? Stay tuned.. =)


Hubungi saya untuk info

FB page: Yeen Nor Asmin
Like page: QTmillenea.blogspot
Email: noreen.isabella@gmail.com

Saturday, December 7, 2013

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada kawan-kawan...

Hari ini saya kongsikan mengenai Set Berpantang Shaklee kerana ramai kawan-kawan dan saudara yang akan bersalin tidak lama lagi..

Ibu-ibu hamil yang menunggu tarikh jangkaan bersalin mesti tercari-cari produk yang sesuai untuk berpantang nanti.. Keinginan untuk cepat kurus, cantik, bertenaga, segar, mengembalikan keperawan membuatkan ibu-ibu berfikir apakah produk yang sesuai dan tepat untuk mereka termasuklah produk yang berasaskan jamu..



Tidak salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, namun ia boleh meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning menurut Pakar Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan.. Apatah lagi jika ibu bayi memiliki darah jenis O. Menurutnya lagi, memang normal bayi kuning selepas dilahirkan namun ia adalah tanda awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat.


Disini bukanlah saya mahu menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi kawan-kawan sebab jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya..


Ok, straight to the point..


Kita makan jamu untuk pulih tenaga, selain jamu terdapat suplemen yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana untuk kekal bertenaga , cantik dan segar disamping boleh mengembalikan bentuk badan kepada asal..(istiqamah dan bersabar).. Di sini saya amat syorkan Set Berpantang Shaklee kerana saya sendiri telah mengambil set ini semasa berpantang baby Nazif... Di bawah ni saya akan terangkan kenapa saya memilih Set Berpantang Shaklee and why you should too..


1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee


Berikut adalah produk yang disyorkan kepada ibu berpantang...


1) B Complex dengan Asid Folik

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress (baby blues) atau meroyan (post-partum depression) di kalangan ibu yang sedang berpantang.

- Mengandungi Folic Asid yang diperlukan untuk pembentukkan sel dan tisu baru.

- Menukar kalori kepada tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk

- Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi

- Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..


2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.

- Zat Besi (Iron) sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran

- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


3) Sustained Release Vita C Plus

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.

- Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan (imuniti) kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren sekaligus mengelak ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin

- Memelihara kelenjar daripada tekanan, dan kecederaan termasuk kelenjar susu

- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.


4) Zink


- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.

- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

- Mengelak rambut ibu dari gugur.

- Menguatkan kuku


5) Energizing Soy Protein- ESP

- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.

- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.

- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.

- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil


6) Ostematrix

- Merupakan kalsium yang membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan

- Sangat sesuai untuk ibu yang kurang gemar minum susu dan memerlukan kalsium dalam badan

- Membantu mengatasi masalah sembelit

- Melegakan saraf dan otot ibu

- Mengelakkan ibu mengalami sakit gigi dan sakit tulang


7) Alfalfa* (optional)

- Untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.

- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang

- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita

- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang

- Membantu membanyakkan susu ibu.

- Membuang angin dalam badan dan

- Memulihkan urat selepas bersalin


8) Omega Guard* (optional)

- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang

- Boleh mengurangkan sakit kepala

- Boleh mengekalkan tekanan darah normal

- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.



Sekiranya berminat untuk memesan produk Shaklee, kawan-kawan boleh hubungi saya

Noreen Asmin (SID: 1078473)

FB: QTmillenea.blogspot
FB Profile: Yeen Nor Asmin