Showing posts with label gla complex. Show all posts
Showing posts with label gla complex. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Kenali Gla Complex Shaklee



GLA (Gama Linolenik Acid) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.





Shaklee GLA Complex dihasilkan daripada minyak Primrose, Blackcurrent dan minyak Borage. Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ini adalah seperti berikut:


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Membantu fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan. Kajian membuktikan pengambilan GLA 480mg setiap hari boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Siapa yg perlukan GLA Complex:

  1. Pesakit Diabetes
  2. Perempuan yang mengalami period tidak teratur
  3. Pasangan suami isteri yang inginkan zuriat
  4. Individu yang ingin mencantikkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, parut-parut jerawat dan mempunyai kulit sensitif.
  5. Pesakit Kencing Manis – Pesakit ini tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Supplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis.
  6. Penghidap Arthritis – GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid.
  7. Payudara fibrocystic
  8. Osteoporosis – kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang.
  9. PMS – Sesetengah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta keresahan dan pembengkakan rahim.
  10. Alahan – Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  11. Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  12. Ketagihan alkohol – GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  13. Penghidap Kanser
  14. Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung – Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-duanya ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  15. Penghidap Ulser

Siapa yang tak boleh ambik GLA?


  • GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.

Hubungi saya pengedar sah Shaklee anda
Yeen Nor Asmin
SID 1078473

GLA Complex Penyebab Cyst dan Rahim Bengkak?!


Isu GLA complex vs cyst jadi bualan hangat setelah seseorang individu bergelar cikgu mem viral kan akan pengalaman beliau beserta rantaian mesej2 yang disembunyikan identiti tentang pengalaman buruk mengambil GLA terus rahimnya menjadi bengkak dan cyst membesar. Fuh bikin kecoh di Facebook!


Gla Complex Shaklee

GLA ada KKM nampak tak, takkanlah product yang ada KKM bahaya kan badan kita kan kan?

Ramai juga customer sy yang mohon penjelasan. Alhamdullilah tak sangka mereka sangat positif tidak bertindak membuta tuli tanpa usul periksa. Sedikit sebanyak isu ini telah merosakkan nama baik Shaklee dan secara langsung menimbulkan kegusaran para pengguna GLA complex.


Bagi mereka yang inginkan info lanjut tentang post hangat tersebut boleh KLIK di sini.


Pandangan peribadi saya berhati- hati lah dalam menyebarkan sesuatu maklumat termasuklah mereka-mereka yang suka klik button 'share'. Ingat apa yang anda sampaikan itu jika tidak benar akan menjadi FITNAH.


Seeloknya kita bercakap berlandaskan dengan ilmu dan concrete evidence bukan berdasarkan pengalaman atau perspektif individu semata.


Jika tiada bukti kukuh seperti kajian klinikal, atau laporan perubatan, tuduhan tersebut dikira tak berasas. Pergi court pun takde sape nak layan beb!


Okay suka saya kongsikan sedikit ilmu yang sy baca melalui beberapa blog pakar hamil tentang fibroid. Menurut pakar sakit puan tak semua individu yang mendapat fibroid menunjukkan tanda atau simptom fibroid. Dan sekiranya ada tanda, tanda tersebut berbeza, ada yang kuat, ada yang sederhana.


Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120902/kn_01/Fibroid-hadir-tanpa-gejala#ixzz3CXuowkFz



Dan nak dijadikan cerita bila dah ambil supplement seperti GLA tanda2 tersebut jadi obvious, apalagi terus salahkan supplement yang menyebabkan fibroid dan rahim bengkak sedangkan sakit tu mmg dah lama ada. Dan secara logiknya takkanlah hanya dengan memgambil GLA shaklee dalam masa 2 bulan terus cyst atau fibroid yang langsung tak pernah wujud jadi besar sampai 5-6 cm dan bengkak- bengkak? Sgt tidak masuk akal kan?


Dan susulan isu tersebut juga shaklee bertindak menghantar surat kpd si cikgu dan meminta penjelasan oleh beliau and her physician.





Di harap selepas ini isu2 yang tidak sahih jgnlah digembar- gemburkan. Jgn sampai pihak pengurusan shaklee mengambil tidakan menyaman individu2 ini. Kes naya nanti, kalau dah saman takde nya 20,30 ringgit, mau ribuan atau jutaan ringgit! Dan sebagai seorang yang bekerjaya professional seharusnya kita bertindak dengan saluran yang betul, bukan dengan cara ingin menjatuhkan sesuatu organisasi hatta memburukkan perniagaan/ produk org lain..


Jika benar produk Shaklee yang anda makan adalah merbahaya. Anda hanya perlu buat langkah-langkah di bawah.


1) Dapatkan BUKTI BERTULIS dari PAKAR PERUBATAN dan termasuklah BUKTI KAJIAN MAKMAL.
2) Selepas itu anda boleh buat report kepada bertulis di laman web ini BPFK Reporting Medicinal Problems (CONSUMERS)
3) Jangan lupa buat report polis di balai polis yang berdekatan.
4) Dan lagi proper, maklumkan pada Shaklee secara bertulis di email customerinquiry@shaklee.com.my.


Dan jika siapa2 yang mengalami kesan selepas pengambilan vitamin shaklee, itu adalah Healing Krisis atau Proses Pemulihan. Maklumat lanjut tentang healing krisis boleh berhubung dengan Distributor anda masing-masing..

Atau hubungi saya
Yeen Nor Asmin
SID 1078473

Thursday, June 26, 2014

Set Kesuburan Suami Isteri


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat 
  • Endometriosis 
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur) 
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang) 
  • Masalah hormon 
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur 
  • Menopous sebelum waktunya 
  • Masalah tiroid 
  • Fibroid 
Penyebab biologi di kalangan lelaki: 

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan 
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual 
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma 
  • Menghidap hernia 
  • Gangguan hormon 
  • Salur sperma tersumbat 
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya 

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan 
  • Stress dan tekanan 
  • Pemakanan yang tidak sihat 
  • Kekurangan zat 
  • Amalan merokok atau meminum alkohol 
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug) 
  • Terdedah kepada pencemaran 
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk 






Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok





Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium – bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

GLA Complex - membetulkan kitaran haid dan menseimbangkan hormon wanita.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.





Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc.

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama GLA + Alfalfa.


Kredit Master Laurah.

Berminat membeli produk Shaklee?
Hubungi saya
FB: Yeen Nor Asmin
Emel: noreen.isabella@gmail.com