Monday, April 27, 2015

I'm still here...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lamanya tak update blog.. Kesian ianya 'ditinggalkan'..
Bukan pergi sebab merajuk tau.. Haha! Sebab special sikit..
Meh sini nak explain kenapa kita menghilang..

Pada bulan Nov lepas iaitu pada tahun 2014, saya mendapati body sy sedang menerima perubahan baharu..

Akhirnya last period tak sampai2, check upt pada awal pagi tu and keputusannya double line!

Sah pregnant!

Time tu macam tak tahu mo terima macam mana sebab tak jangka awal pula pregnant lagi..
Tapi as time goes by i'm embracing my pregnancy.. Hihi..

Incik husband mestilah happy, and saya boleh agak yang dia mahukan baby girl pula kali ini.. Bagi saya mana2 jer..boy or girl tetap my baby jugak kn.. Hihi..

Bulan pertama tu okey, tak ada simptom morning sickness..
Tapi masuk bulan seterusnya.. Ya Allah.. SANGAT MENCABAR!!

Saya mendapat severe morning sickness atau dipanggil sebagai "hyperemesis gravidarum"..
Badan mengalami perubahan sepert muntah2, pening, lelah dan sebagainya..
Ni bukan muntah2 biasa tau, boleh sampai 3 hingga 6 kali sehari.. minum air sikit sahaja pun keluar balik juga..

Di mana-mana saya berada, di sebelah tu mesti ada plastik muntah,, rasa macam boleh penuh satu baldi okey.. Di sebabkan morning sickness ni lah saya kehilangan sebanyak 10kg..

Alahai anak, memang mama nangis2 sebab tahan sakit.. Nak tak nak kena go through juga..

Semua jenis suplimen saya kena stop sebab tak boleh makan langsung..kalau makan pun tetap keluar jugak.. Cuma sekali sekala kalau badan rasa okey sikit then saya akan telan vitamin b complex Shaklee..

Ada satu malam tu, saya masuk ke emergency ward di hospital.. Sebab waktu petang tu saya rasa sakit yang amat di bahagian perut.. Rupanya kena UTI.. Sekali dengan dehydration.. Muka time tu pucat sangat dan badan kesakitan.. Tapi syukur Alhamdullillah boleh keluar jugak selepas kena inject ubat dan diberi drip..

Hasil dari morning sickness kali ini.. kulit saya jadi semakin teruk.. ianya kering dan mengelupas.. Akhirnya mulai berkedut dan warna kulit tidak sekata.. Kadang2 segan bila orang tanya kenapa dengan kulit muka saya.. Kata orang ini lah "pembawaan anak".. Maybe ada betul juga, orang tua cakap baby serap seri muka mom dia kan..

Okeylah, tak apa.. saya cuma harap lepas beranak nanti kulit kembali normal.. Dalam hati dah target Collagen & Vivix Shaklee tau.. hahahaha!

So, macam mana keadaan sekarang?

Masuk  bulan ke enam pregnancy, saya rasa semakin sihat.. Dah tak ada morning sickness yeah!
Lepas tu start aktif balik ngan bisnes Shaklee.. Hihi! Funny sebab lepas ja sickness ni terus terlebih aktif pula.. Sekarang saya sering ulang-alik KK-Ranau dan selalu ke branch.. Weee!! Rasa semangat tu dah balik lah..

Anyway memang tak sabar baby keluar ni.. Nak peluk2 n cium2 dia.. Ermmmm..rindunya wangi baby!

Doakan semoga dipermudahkan ye..

Saya masih aktif ber-Shaklee tau.. Korang jangan malu2 contact saya pulak..

Yeen Nor Asmin
QTmillenea.blogspot

No comments:

Post a Comment