Wednesday, November 5, 2014

Perbezaan di antara lemak dan kolesterol

Selamat sejahtera semua!

Topik kali ini mengenai perbezaan antara lemak dan kolesterol.. Bila bergabung, meletup! Yeah! Haha! Sebenarnya saya sendiri pun masih kabur-kabur mengenai perbezaan kedua entiti ini.. Jom kita belajar sama-sama..


Apa itu Lemak?

  • Lemak adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen. 
  • Lemak merupakan sumber asas tenaga dalam sesuatu makanan.
  • Lemak terbahagi kepada lemak baik (lemak tidak tepu) dan lemak jahat (lemak tepu). 
  • Lemak tepu adalah elemen dalam pemakanan (diet) yang utama yang boleh mengakibatkan Low Density Lipoproteins (LDL) kolesterol yang tinggi. Maka, lemak tidak tepu perlu dihadkan kepada 10% dari jumlah pengambilan kalori harian kita. 
  • Lemak tepu juga meningkatkan High Density Lipoproteins (HDL) kolesterol sama seperti lemak-lemak yang lain.




Apa itu Kolestrol?

  • Kolesterol adalah sebatian berlilin (waxy) yang secara semulajadinya terhasil dalam badan manusia untuk melindungi sel membran. 
  • Kolesterol merupakan perintis kepada hormone seperti estrogen dan testosteron. 
  • Memandangkan kolesterol mampu dihasilkan oleh badan kita, maka kita TIDAK PERLU mengambil makanan yang mengandungi kolesterol. Makanan yang mengandungi kolesterol adalah seperti telur, keju, mentega, dan daging merah.


  • Menurut the American Heart Association, kolesterol LDL akan menyebabkan lemak berkumpul pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.
  • Menurut Maiyo Clinic, kolesterol bukanlah satu bentuk lemak tetapi ia merupakan sebatian yang boleh dijumpai di dalam makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.
  • Maka, lemak dan kolesterol banyak dijumpai dalam makanan yang sama dan makanan yang berlemak akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
  • Terdapat dua jenis tahap kolesterol dalam darah iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density Lipoprotein (LDL). LDL adalah kolesterol sihat yang akan menyingkirkan kolesterol tidak sihat daripada jantung kita. So, remember.. HDL is NOT GOOD, LDL is GOOD!

Ringkasan Perbezaan Kolestrol Dan Lemak
  • Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol. Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu seperti butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  • Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  • Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  • Sesetengah lemak seperti lemak tepu (lemak tepu seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi InsyAllah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. 
Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti daging berlemak, makanan penuh krim, organ, hati, limpa dan lain-lain.

Buat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui paras kolesterol anda dan Omega Guard Shaklee mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah. 

Mahu block kolesterol sebelum ambil sebarang menu yang berisiko? Cuba Phytocol ST.


Suka saya ingatkan bulan ini promosi Omega Guard ya.. Berminat untuk mendapatkan konsultasi dari saya, boleh terus hubungi..

Yeen Nor Asmin
SID 1078473
Pengedar Sah kawasan Kota Kinabalu, Ranau, dan seluruh Malaysia


No comments:

Post a Comment