Thursday, June 26, 2014

Produk baru Shaklee: Phytocol-ST


Tahun lepas, Shaklee memperkenalkan CoQHealth untuk kesihatan jantung, tahun ini pula Shaklee akan melancarkan produk baru pada Jun 2014 iaitu Phytocol-ST. Ia berfungsi untuk menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi.


So.. Why cholestrol?? Tahukah anda bahawa lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan peratusan ini meningkat dari tahun ke tahun. Dulu saya sangka orang gemuk dan warga tua sahaja yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, rupa-rupanya semua individu mempunyai risiko ini.


Apakah sebernarnya kolestrol? Kolestrol dihasilkan oleh hati secara semulajadi. Ia diperlukan untuk membina sel, menghasilkan beberapa jenis hormon, menghasilkan hempedu untuk penghadaman dan menyimpan vitamin larut lemak iaitu ADEK. Kolestrol yang dihasilkan oleh hati sebenarnya sudah memadai untuk keperluan badan, namun kolestrol juga boleh diperolehi melalui pemakanan.


Terdapat dua jenis kolestrol iaitu:

  1. Low Density Lipoprotein (LDL) iaitu kolestrol jahat. LDL yang berlebihan akan termendap pada dinding arteri dan membentuk plak. 
  2. High Density Lipoprotein (HDL) iaitu kolestrol baik yang menghantar LDL berlebihan balik semula ke stor penyimpanan iaitu hati. 

Tahap kolestrol yang tinggi menyebabkan:

  • Saluran darah tersumbat akibat pemendapan plak pada dinding arteri. Apabila salur darah tersumbat sedikit, doktor akan membuat rawatan balloning. Jika ia tersumbat sepenuhnya, rawatan bypass surgery terpaksa dijalankan. 
  • Risiko serangan jantung meningkat sehingga 15.6% dan serangan strok meningkat sehingga 11% 
  • Penyakit hati 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Masalah kesuburan 

LDL berlebihan akan termendap pada dinding arteri dan membentuk plak. Plak pada arteri menyebabkan salur darah semakin sempit dan akhirnya tersumbat. Selain itu, plak tersebut juga menyebabkan dinding arteri menjadi lemah dan menyebabkan arteri membengkak dan menonjol ke luar. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman berlaku. Plak ini juga boleh tertanggal dari arteri serta merta dan menyebabkan salur darah menjadi sempit serta merta.


Antara faktor yang boleh meningkatkan tahap kolestrol adalah melalui gaya pemakanan yang tidak sihat. Orang dewasa yang normal disarankan mengambil makanan tidak melebihi 300mg kolestrol sehari. Pesakit jantung pula tidak boleh melebihi 200mg kolestrol sehari. Selain itu, faktor-faktor lain adalah seperti stress, merokok, minum minuman alkohol dan masalah hati yang tidak sihat.





Langkah-langkah untuk menurunkan tahap kolestrol: 
  • Mengamalkan pemakanan seimbang. Contoh: 2 biji buah dan 6 mangkuk sayur setiap hari. 
  • Mengamalkan pemakanan makanan yang kaya dengan asid lemak iaitu omega-3. 
  • Kerap melakukan senaman untuk mengawal berat badan. 
  • Mengambil ubat-ubatan. 
Walaubagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan untuk menurunkan tahap kolestrol mempunyai kesan sampingan seperti berikut: 
  • Keradangan otot 
  • Fungsi hati dan pankreas terjejas, seterusnya meningkatkan risiko diabetes sebanyak 90% 
  • Melemahkan daya ingatan 
  • Fungsi seksual terjejas 



Dengan itu, Shaklee telah memperkenalkan Phytocol-ST iaitu suplemen yang kaya dengan plant sterols dan stanols yang mampu menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi. Ia diperbuat daripada Minyak Tall dan mengandungi 90% sitostanol dan 10% compestanol. Tahap fitosterol adalah sebanyak 15%.


Struktur DNA plant sterol dan stanol hampir sama dengan struktur DNA kolestrol, tetapi kadar penyerapannya ke dalam salur darah hanya 0.5%, berbanding kadar penyerapan kolestrol adalah 50%. Pengambilan 2000mg fitosterol setiap hari adalah bersamaan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato.


Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee
  • 4biji Phytocol-ST membekalkan 2000mg fitosterol 
  • Tiada perisa / pewarna tambahan 
  • Tiada bahan pengawet 
  • Sentiasa berkesan 
  • Halal 

Fungsi dan kelebihan lain fitosterol :
  • Membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam darah dan menurunkan paras LDL. Disarankan 2000mg fitosterol setiap hari, 30min sebelum makan makanan berlemak. 
  • Jika diambil secara konsisten, paras LDL menurun sebanyak 10% dan risiko serangan jantung berkurang sehingga 20%. 
  • Memperbaiki imun sistem. Fitosterol akan meningkatkan keaktifkan T1 dan kurangkan keaktifan T2. T1 yang kurang aktif menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. T2 terlalu aktif menyebabkan alergi, kulit kering dan gatal, arthritis dan sebagainya. 
  • Meningkatkan keselesaan sendi. 
  • Membantu merangsang penghasilan insulin. 
  • Mengurangkan simptom prostate membengkak seperti kerap buang air, tidak boleh mengawal air kencing, air kencing berkurangan dan sebagainya. 

Sekiranya berminat untuk memesan produk Shaklee, kawan-kawan boleh hubungi saya

Noreen Asmin (SID: 1078473)
FB: QT Millenea.blogspot

No comments:

Post a Comment